KANDUNGAN
MUKA SURAT Kandungan
1
Pengenalan
2
Definisi Dadah
3
Jenis-jenis Dadah
4
Dadah Masih Menjadi Musuh Utama Negara
8
Aliran Dadah Dunia
9
Masalah Dadah di Malaysia
10
Tanda dan Gejala
11
Faktor-faktor Penyalahgunaan Dadah
15
Kesan-kesan Penyalahgunaan Dadah
16
Undang-undang dan Hukuman Penyalahgunaan Dadah
19
Keratan-keratan Akhbar
24
Kesimpulan
35
1
PENGENALAN Dewasa ini kita sering diberitakan melalui media massa mengenai polemik penyalahgunaan dadah. Hal ini telah mewujudkan perasaan bimbang dalam kalangan masyarakat. Polemik ini sekiranya tidak dibendung akan menimbulkan pelbagai masalah bukan sahaja kepada penagih dadah itu sendiri malah turut menjejaskan institusi kekeluargaan, masyarakat dan negara. Oleh itu, kerajaan menggunakan triad “Jauhi Dadah” dalam usaha untuk menangani polemik ini daripada terus berleluasa dalam kalangan masyarakat.
Sebenarnya, penggunaan triad dalam kehidupan seharian adalah satu perkara yang biasa kita dengar. Masyarakat menggunakan triad dalam pelbagai bidang terutama dalam perniagaan dan kempen-kempen kerana penggunaan triad dapat mempengaruhi pemikiran seseorang. Misalnya, triad digunakan untuk melariskan penjualan sesuatu barangan. Setiap penggunaan triad mempunyai tujuannya yang tersendiri, hal ini samalah dengan triad yang digunakan oleh kerajaan iaitu “Jauhi Dadah” mempunyai tujuan penggunaannya yang tersendiri. Faktor, kesan dan langkah menangani masalah ini harus dikaji dengan lebih mendalam supaya masalah ini dapat dibendung dengan lebih berkesan bak kata pepatah “mencegah adalah lebih baik daripada mengubati”.
2
DEFINISI DADAH APAKAH SEBENARNYA DADAH? Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi jasmani (fizikal), rohani (mental dan emosi) serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini seseorangyang menggunakan dadah akan terus bergantung hidup kepada dadah tersebut dan menyebabkan ketagihan.
APAKAH CIRI-CIRI DADAH?
Dadah adalah bahan kimia yang amat berbahaya kerana mengubah cara minda dan tubuh berfungsi. Berikut merupakan ciri-ciri dadah:
Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang). Hal ini kerana apabila seseorang mengambil dadah maka sistem saraf pusat mereka tidak dapat berfungsi secara normal dan menyebabkan mereka bertindak diluar kemampuan, maksudnya tindakan mereka tidak sama seperti biasanya. Digunakan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang. Dadah sebenarnya digunakan dalam bidang perubatan untuk menghasilkan ubat seperti panadol. Namun, dalam pil hanya mengandungi sedikit kuantiti dadah kerana dadah boleh memudaratkan kesihatan sekiranya tidak diambil mengikut kuantiti yang disyorkan oleh doktor. Diperoleh secara haram. Dadah tidak dijual di pasaran oleh itu, biasanya individu memperolehnya secara haram untuk kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan kesannya terhadap orang lain. Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang. Selain mampu mengubati, dadah juga boleh menjejaskan kesihatan seseorang. Dadah boleh mengubah fungsi sosial seseorang.
3
JENIS-JENIS DADAH Dadah boleh dibahagikan kepada lima bahagian. 1. Narkotik / Opait (Heroin, Morfin, Candu, Kodien & Metadon) 2. Perangsang / Stimulants (Amfetamin, Methamfetamin, Ecstasy & Kokain) 3. Penekanan / Depressants (Barbiturat, Trankuilizer, Alkohol) 4. Hallucinogen (LSD, P, Meskalin, Psilosibin) 5. Cannabis (Ganja, Hashish & Marijuana) JENIS-JENIS DADAH YANG POPULAR PADA MASA KINI Morfin Dikenali juga sebagai “M”, “White Stuff”, “White Powder”, “Monkey”, “Dreamer”, “Morpho”, “Tab”, “Morb”, “Cubes”, “Emsel” dan “Melter”. Morfin ialah sejenis alkaloid yang diperolehi dari candu mentah. Dalam pasaran gelap, ia selalunya diperolehi sebagai morfin mentah, bes morfin (morphine base) atau morfin sulfat atau morfin hidroklorid. Ia terdapat dalam bentuk blok, serbuk atau pil. Cara menggunakan morfin adalah dengan menyuntik larutan morfin atau menelan pil-pil morfin.
(Ini adalah contoh gambar yang diambil dari laman google) 4
Ganja Ganja juga dikenali sebagai “Kanabis Herba”, “Marijuana/Grass”, “Pot/Weed”, “Bhang”, “Kif”, “Takrouri” dan “Dagga”. Kanabis herba atau ganja merujuk kepada bahagian daun dan pucuk berbunga pokok kanabis yang dikeringkan dan kadang-kadang dijadikan dalam bentuk blok atau „sate‟. Ia menyerupai tembakau walaupun lebih kehijau-hijauan. Kandungan THC adalah antara 0.25%-8%.
(Ini adalah contoh gambar yang diambil dari laman google) Kokain Kokain berasal dari daun koka atau Erythroxylon coca dan lain-lain jenis pokok Erythroxylon yang terdapat di Peru, Bolivia, dan Colombia di pergunungan Andes, Amerika Selatan. Bahan ini kebanyakannya disalah gunakan di Amerika Syarikat.
(Ini adalah contoh gambar yang diambil dari laman google)
5
Heroin Heroin adalah dadah jalanan yang paling kerap disalahguna oleh penagih dadah di Malaysia. Heroin dalam bentuk tulen adalah serbuk putih pahit yang merupakan produk yang terhasil daripada pemprosesan morfin. Heroin mempunyai kekuatan berkali-kali ganda morfin. Cara menggunakan adalah dengan menyuntik, menghidu, menghisap. Nama jalanan ialah 'Fit', 'Fun', tepung, Cik putih, barang dan 'Penang pink'. Kodein Kodein adalah bahan alkaloid yang wujud secara semula jadi di dalam candu. Walau bagaimanapun, kebanyakan kodein di pasaran adalah yang dihasilkan daripada morfin. Dalam bidang perubatan, kodein digunakan untuk melegakan kesakitan sederhana dan sebagai ubat batuk. Cara menggunakan adalah dengan menelan dan menyuntik. Opiat sintetik Opiat Sintetik meliputi bahan-bahan seperti 'methadone', 'pethidine', 'dipipanone' dan'dextroproxyphene'. Bahan-bahan ini mempunyai sifat yang serupa dengan opiat dan digunakan dalam bidang perubatan unutk melegakan kesakitan. Kini 'methadone' digunakan dalam rawatanpenagihan opiat di negara kita.Cara menggunakan adalah dengan menelan, menyuntik. Nama jalanan ialah 'Fizzies' dan 'Dollies'. Amfetamin Amfetamin adalah stimulan sintetik buatan manusia. Pada masa ini tidak ada ubat yang mengandungi amfetamin yang didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Dadah perangsang jenis amfetamin seperti methamphetamine' adalah dadah yang sangat berbahaya. Cara menggunakan adalah dengan menelan, menyuntik, menghisap dan menyedut. Nama jalanan ialah 'chasing the dragon'. Methamphetamine Methamphetamine hydrochloride merupakan satu jenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan. Dadah ini berbentuk kaca pecah dan kadangkala berbentuk seperti tawas. Contoh 'methamphetamine hydrochloride' yang biasanya terdapat di Malaysia ialah syabu dan yaba. Syabu lazimnya diproses secara haram dan tidak mempunyai kegunaan dari aspek perubatan. Cara menggunakan adalah dengan menghisap dan menyedut. Nama jalanan ialah 'Ice'. MDMA Methylenedioxy-methamphetamine' (MDMA) merupakan analog meskalin dan amfetamin. Ia dipanggil 'fell good drug' dan boleh meningkatkan daya tahan pengguna. Pil MDMA sering kali dibentuk dengan ikon atau logo bagi memenuhi cita rasa pengguna muda.
6
7
DADAH MASIH MENJADI MUSUH UTAMA NEGARA Antara sebab dadah masih lagi menjadi musuh utama negara kita adalah kerana: Seksyen 2, Akta Dadah Berbahaya 1952 mendefinisikan dadah berbahaya sebagai apa – apa dadah atau kandungan yang pada masa kini terkandung dalam jadual pertama akta. Pengesanan kes penagihan, tangkapan dan rampasan dadah masih belum reda malah makin bertambah. Sepanjang tahun 2003, seramai 29,366 penagih telah dikesan seluruh negara. Jumlah terkumpul penagih yang dikenalpasti sejak tahun 1988 – 2003 ialah 238,505•1% daripada jumlah penduduk Malaysia. Purata pertambahan ialah 14,133 orang setahun. Perdagangan dadah lumayan, wujud sindiket & melintasi sempadan antarabangsa. Mempunyai kaitan dengan jenayah. Kajian PDRM menunjukkan 60% indeks jenayah negara setiapa tahun (160,000 kes) dilakukan oleh penagih dadah.
8
ALIRAN DADAH DUNIA Golden Crescent Kawasan pengeluaran dadah dunia yang utama•Afghanistan, Pakistan dan Iran•Afghanistan mengeluarkan 2,800 metrik tan candu setahun di kawasan seluas 58,400 hektar penanaman pokok Poppy.
Golden Triangle Thailand, Laos dan Myanmar•Myanmar mengeluarkan 2,340 metrik tan candu setahun di kawasan seluas 154,070 hektar.
Emerald Triangle Colombia, Guatemela dan Mexico •Mengeluarkan 118 metrik tan setahun di kawasan seluas 11,590 hektar ladang Poppy•Kokain ditanam di kawasan seluas 214,800 hektar dengan pengeluaran 309,400 metrik tan daun Coca yang menghasilkan 780 metrik tan kokain setahun.
9
MASALAH DADAH DI MALAYSIA PENYALAHGUNAAN DADAH
Penyalahgunaan dadah merupakan pengambilan dadah yang berleluasa di luar batasan kemanusiaan dan juga mengambil dadah secara berlebihan serta lebih daripada tempoh preskripsi. Selain itu, penyalahgunaan dadah juga merupakan pengambilan dadah bukan bertujuan untuk rawatan. Hal ini akan mengganggu fungsi otak yang normal dan memberi kesan jangka panjang pada otak. Kini, penyalahgunaan dadah menjadi masalah utama di banyak negara yang membangun. Di negara kita, Malaysia, masalah penyalahgunaan dadah ini telah menjadi masalah nasional. Di negara kita ini, penyalahgunaan dadah merupakan masalah yang berlaku dalam setiap lapisan masyarakat. Ia juga melibatkan golongan berpendidikan tinggi, ahli-ahli profesional di samping mereka yang tidak berpendidikan dan penganggur. Hal ini juga terjadi dalam golongan remaja dan juga belia-belia yang berumur antara dua puluh hingga dua puluh sembilan tahun. Mereka ini umumnya banyak dipengaruhi oleh rakan-rakan sebaya yang ingin lari dari alam nyata dan berkhayal dengan alam fantasi ciptaan mereka. Hidup mereka terbiar dan tidak berdisiplin. Bermula dengan mencuba-cuba dan akhirnya terjebak ke dalam perangkap dadah. Seterusnya menyalahgunakan dadah untuk tujuan kepuasan diri. Kesudahannya mereka tidak dapat membebaskan diri dari cengkaman ketagihan dadah. Ada juga belia-belia yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah kerana keadaan sekeliling dan keluarga yang tidak tenteram dan kucar-kacir. Mereka ini hidup dalam keadaan tertekan dan bagi menghilangkan tekanan hidup ini, mereka mengambil dadah.
10
TANDA
DAN
GEJALA
SESEORANG
YANG
TERLIBAT DALAM PENYALAHGUNAAN DADAH Resah, gelisah. Prestasi kerja atau akademik yang merosot. Mencuri wang atau apa saja sama ada di rumah, sekolah atau di tempat kerja. Perubahan sikap secara mendadak seperti tabiat makan, tidur dan aktiviti harianPerubahan emosi secara tiba-tiba. Bercakap merepek. Mengabaikan penampilan diri. Menghindari kawan biasa yang tidak mengambil dadah. Berkelakuan mencurigakan seperti menghabiskan banyak masa di bilik air atau bilik tidur dan rasa curiga yang keterlaluan kepada yang lain. Kelihatan letih, penat dan mamai. Kesan penyalahgunaan dadah yang berterusan akan merosakkan: Kebersihan dan kesihatan diri. Kesihatan mental. Prestasi pelajaran. Hubungan sosial. Status kewangan.
11
Tanda- Tanda dan Gejala
Berikut merupakan ciri-ciri penyalahguna dadah dikesan: Gejala fizikal
� Berpeluh
� Meremang bulu roma
� Pening kepala
� Menggigil (tremor)
Gejala psikologi
� Keresahan
� Insomnia - tidak dapat tidur
� Kerisauan
� Gangguan emosi dan perasaan
12
Gejala perlakuan
� Sentiasa ponteng kerja
� Penurunan prestasi kerja
� Digantung atau dibuang sekolah
� Mabuk semasa memandu yang boleh menyebabkan kemalangan
� Ditahan kerana mengganggu ketenteraman awam
� Mencuri
Di antara dadah-dadah yang sering disalahgunakan termasuklah kanabis (ganja), amfetamin, ekstasi dan heroin. Gejala-gejala yang biasa dipamerkan oleh penyalahguna dadah adalah:
� Gangguan koordinasi
� Mata merah
� Insomnia - tidak dapat tidur
� Hilang selera makan
� Penurunan berat badan
� Kemurungan
13
� Cakap banyak
� Tidak dapat mengimbang diri
� Loya dan muntah
� Mengetap gigi dan rahang
� Peningkatan tenaga
� Kerap menggosok hidung
� Berpeluh berlebihan
� Mengantuk
� Menggunakan tandas terlalu lama
Walau bagaimanapun, sesetengah dadah menghasilkan gejala yang khusus. Contohnya, mempamerkan simptom yang dikenali sebagai cocaine bug iaitu rasa sesuatu merayap di atas kulit. Ekstasi pula mempamerkan gejala yang ganjil iaitu rasa tersangat dahaga.
14
FAKTOR-FAKTOR PENYALAHGUNAAN DADAH � Faktor biologi 1. Salah satu tanggapan yang salah mengenai konsep kehidupan moden ialah, jika anda sakit, terdapat pelbagai pil atau ubat-ubatan yang mampu 'memulihkan' anda. Malangnya pil tidak boleh menyelesaikan semua masalah anda. Selalunya, perubahan dalam pengambilan diet, gaya hidup, pergaulan dengan rakan gaulan ataupun etika kerja boleh membawa kepada perubahan yang positif dan kelainan yang berpanjangan berbanding dengan ubat-ubatan.
� Faktor psikososial 1. Kehidupan moden sangat sibuk dan merumitkan. Bagi kanak-kanak dan golongan remaja, tekanan untuk membesar dengan cara yang mereka rasakan betul adalah amat mencabar. Tekanan bertambah setiap hari pada setiap individu. Kadangkala arus kehidupan yang terlalu pantas menyebabkan ramai yang kurang mampu untuk menanganinya. Tiada siapa yang memiliki imuniti terhadap tekanan atau stres dan kerungsingan. Tekanan yang biasa dihadapi termasuklah tekanan dari sekolah, tekanan untuk berjaya di dalam permainan dan sukan, tekanan untuk memuaskan hati orang lain dan juga tekanan untuk sentiasa diterima ramai.
� Faktor sosial 1. Masyarakat zaman ini disogokkan dengan imej yang ditonjolkan oleh media seperti televisyen, radio, video dan internet. Adalah amat mustahak untuk menyedari bahawa apa yang ditonjolkan di dalam media ini hanyalah imej rekaan semata-mata dan tidak melambangkan kehidupan yang sebenar. Walaupun pengiklanan mahukan kita minum minuman yang tertentu serta memakai seluar berjenama seperti yang diiklankan, pilihannya masih lagi terletak di tangan kita sebagai pengguna. Begitulah juga keadaannya dalam memilih untuk menjadi perokok ataupun peminum arak.
2. Gaya hidup mereka yang mewah dan terkenal seperti yang ditonjolkan dalam dunia hiburan mampu menggoda kita semua untuk mengecapi populariti sedemikian rupa. Tekanan untuk menjalani kehidupan yang dikatakan 'berarus deras' ini sangat menggoda kepada kebanyakan masyarakat zaman ini.
15
KESAN-KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH
16
17
Penggunaan dadah dan alkohol yang berlebihan dan berpanjangan boleh memusnahkan pelbagai organ dalam badan. Alkohol terutamanya, mampu merosakkan hati, otak dan jantung. Hati yang telah dirosakkan oleh alkohol kurang berupaya untuk membuang sisa-sisa toksik yang terkumpul di dalam badan. Individu yang berada dalam keadaan koma hepatik menjadi lemah, mengantuk, pengsan, bingung
dan
biasanya
tangan
mereka
akan
menggeletar. Koma hepatik boleh membawa maut dan
perlu
dirawat
dengan
segera.
Penagih dadah terutamanya yang berkongsi jarum suntikan yang kotor boleh mengalami kerosakan pada otak, hati, paru-paru, tulang dan sistem imun. Kuman yang berjangkit dari jarum yang tidak steril itu kadangkala boleh menjangkiti otak dan menyebabkan meningitis serta otak bernanah. Virus hepatitis yang juga boleh merebak melalui perkongsian jarum, boleh menyebabkan kerosakan hati. Kebanyakan penagih dadah akan mula menyuntik dadah secara subkutanus (di bawah kulit) yang boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit atau kudis. Apabila dadah telah disuntik ke dalam vena ( salur darah ), parut boleh terbentuk pada tisu yang terlibat dan menjadikan salur venanya tersumbat. Seterusnya masalah dengan sistem imun pula akan muncul. Oleh kerana HIV (Human Immunodeficiency Virus) boleh merebak melalui perkongsian jarum, ramai penagih dadah akan
dijangkiti
penyakit
AIDS.
Penggunaan dadah yang berlebihan boleh membahayakan
nyawa
kerana
ia
boleh
menyebabkan gangguan pada pernafasan dan seterusnya boleh membawa maut. Ini disebabkan oleh bekalan darah ke otak telah berkurangan, menyebabkan koma dan seterusnya membawa maut.
18
UNDANG-UNDANG DAN HUKUMAN PENYALAHGUNAAN DADAH JENIS DADAH
SEKSYEN
KESALAHAN
BERAT DADAH
HUKUMAN/DENDA RM 20,000/-atau penjara tidak
Ganja
6
Memiliki
Ke bawah 20gm
melebihi 5 tahun atau keduaduanya
39A (1)
39A(2)
6B
39B
Memiliki
Memiliki
20gm keatas tetapi kurang daripada 50gm
50gm ke atas tetapi kurang dari 200gm
Tidak kurang 2 tahun penjara berat tidak kurang 3 kali dan tidak melebihi 10 kali. Penjara seumur hidup atau tidak kurang 6 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.
Menanam pokok
Tidak kira berapa
Penjara seumur hidup dan
ganja
pokok
sebatan tidak kurang 6 kali
Mengedar
200gm ke atas
MATI RM20,000/- atau penjara tidak
Candu
9
Memiliki
Ke bawah 100gm
melebihi 5 tahun atau keduaduanya
39A(1)
39A(2)
39B
Memiliki
Memiliki
Mengedar
100gm ke atas tetapi kurang dari 250gm
250gm ke atas tetapi kurang dari 1000gm
1000gm
Morphine
dan sebatan tidak kurang 3 kali tetapi tidak lebih 9 kali. Penjara seumur hidup atau tidak kurang 5 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali. MATI RM20,000/- atau penjara tidak
Heroin/ Morfin/ Monoacetyl
Tidak kurang 2 tahun penjara
12(2)
Memiliki
Ke bawah 2gm
melebihi 5 tahun atau keduaduanya
19
39A(1)
39A(2)
39B
Memiliki
Memiliki
2gm ke atas tetapi kurang dari 5gm
5gm ke atas tetapi kurang dari 15gm
MENGEDAR
15gm ke atas
Memiliki / menjual Ubat Batuk
Pil
9(1)
30(3)
Tidak kurang 2 tahun penjara dan sebatan tidak kurang 3 kali tetapi tidak lebih 9 kali. Penjara seumur hidup atau tidak kurang 5 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali. MATI RM3,000/- atau penjara tidak
/ menyimpan /
-
lebih dari 1 tahun atau kedua-
mengedar
duanya
Memiliki / menjual
RM10,000/- atau penjara tidak
/ menyimpan /
-
mengedar
kurang 4 tahun atau keduaduanya RM20,000/- atau penjara tidak
Syabu
12(2)
Memiliki
Kebawah 5gm
melebihi 5 tahun atau keduaduanya
39A(1)
39A(2)
39B
Memiliki
Memiliki
MENGEDAR
5gm ke atas tetapi kurang dari 30gm
30gm ke atas tetapi kurang dari 50gm
50gm ke atas atau lebih
Tidak kurang 2 tahun penjara dan sebatan tidak kurang 3 kali tetapi tidak lebih 9 kali. Penjara seumur hidup atau tidak kurang 5 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.
MATI
AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 Suatu akta bagi membuat peruntukan selanjutnya yang lebih baik untukmengawal pengimportan, pengeksportan, pengilangan, penjualan dan penggunaan candu dan beberapa bahan dan dadah berbahaya tertentu. Membuat peruntukan khas berhubung dengan bidang kuasa Mahkamah terhadap kesalahan-kesalahan yang tertakluk dibawahnya dan perbicaraan Mahkamah. 20
AKTA PENAGIH DADAH.(RAWATAN DAN PEMULIHAN)1983 - (PINDAAN) 1998 Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983 (Pindaan) 1998 digubal bertujuan untuk memberi rawatan dan pemulihan kepada penagih-penagih dadah. Selain merupakan proses rawatan lanjutan yang menitikberatkan pengawasan ke atas penagih-penagih bertujuan memastikan mereka tidak mengulangi penagihan mereka. AKTA DADAH BERBAHAYA(LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) 1985 Suatu akta bagi membuat peruntukan mengenai tahanan pencegahanorang-orang yang ada kaitan dengan apa-apa aktiviti yang berhubung dengan atau yang membuat pengedaran dadah berbahaya. AKTA DADAH BERBAHAYA (PERLUCUTHAKAN HARTA) 1988 Suatu akta bagi membuat peruntukan-peruntukan mengenai kesalahan-kesalahan berhubung dengan harta dan mengenai penyitaan dan perlucutan harta yang berkaitan dengan aktiviti yang ada hubungan dengan kesalahan-kesalahan dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952. AKTA RACUN 1952 Suatu akta untuk mengawal pengimportan, pemilikan, pengeluaran, penjualan dan penggunaan racun. "Racun" bermaksud bahan-bahan yang dinamakan dan disenaraikan di dalam Senarai Racun dan termasuk apa-apa campuran, penyediaan, solusi atau yang asli yang mengandungibahan-bahan tersebut apa-apa penyediaan atau bahan-bahan yang terkandung di dalam Jadual Kedua Akta ini.
21
22
23
KERATAN-KERATAN AKHBAR
27 Disember 2011
Pegawai Imigresen nafi ambil dadah KOTA BHARU 26 Dis. - Seorang pegawai Imigresen yang tinggal di kuarters jabatan itu, Jalan Kuala Krai di sini mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengambil dadah jenis Methamphetamine di Jabatan Siasatan Jenayah Negeri (JSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah di sini pada Jun lalu. Sehubungan itu Majistret, Mohd. Fazaly Ali Mohd. Ghazaly mengarahkan tertuduh, Osman Che Harun, 31, melantik peguam untuk mewakilinya kerana kes disebut semula pada 25 Januari hadapan. Dalam pertuduhan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Hafiz Abd. Rahman, tertuduh didakwa melakukan perbuatan berkenaan pada 8 Jun lalu lebih kurang pukul 1.45 pagi di IPD Kota Bharu. Dia didakwa di bawah Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM5,000 atau dikenakan hukuman penjara tidak lebih dua tahun. Pihak pendakwaan menawarkan RM5,000 sebagai wang jaminan dengan seorang penjamin namun tertuduh merayu jumlah tersebut dikurangkan kerana menanggung seorang isteri yang tidak berkerja dan mempunyai dua anak yang masih bersekolah. Majistret akhirnya menetapkan RM4,500 wang jaminan dengan seorang penjamin dan mengarahkan tertuduh melantik peguam yang dapat mengendalikan kesnya pada sebutan akan datang kerana kes tersebut tidak akan ditangguhkan.
RABU, 21 SEPTEMBER 2011 Dadah syabu disorok dalam pelembap bibir SEPANG 20 Sept. - Pelbagai taktik digunakan oleh sindiket dadah untuk membawa masuk barang larangan itu ke negara ini, namun kecekapan pihak berkuasa membolehkan kegiatan ini dibanteras. Terbaharu, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menggagalkan cubaan menyeludup 1.5 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM375,000 yang disembunyikan dalam penutup pelembap bibir, Khamis lalu. Pengarahnya, Datuk M. Govinden berkata, tangkapan itu berhasil selepas membuat pemantauan terhadap para penumpang yang tiba dari Doha, Qatar di KLIA. Katanya, hasil pemeriksaan, pihaknya menahan seorang pelajar lelaki kolej swasta warga Afrika selepas curiga dengan barangan keperluan wanita yang dibawanya termasuk pelembap bibir. "Imbasan bagasi dan beg sandang yang dibawanya tidak menunjukkan imej mencurigakan. "Bagaimanapun, kita curiga dengan barangan wanita yang dibawanya, lalu pemeriksaan rapi dibuat. Hasilnya, kita menemui bungkusan mengandungi serbuk kristal disyaki dadah jenis syabu yang dibungkus dalam kertas karbon sebelum disorok dalam pelembap bibir," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini. Katanya, suspek yang berusia awal 30-an itu memasukkan pelembap bibir jenama Romantic Bird yang telah diisi dengan syabu ke dalam 12 kotak dan setiap kotak dianggarkan mengandungi 24 batang pelembap bibir. Sementara itu, dalam satu lagi kejayaan, beliau memaklumkan, pihaknya merampas sebuah kereta elektrik jenis Tazzari buatan Itali di Zon Perdagangan Bebas KLIA kerana menuntut pengecualian cukai dengan menggunakan surat kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), tengah hari semalam. Katanya, kereta itu diikrarkan sebagai Electric Car TK 8703.90 310 yang menarik duti import 30 peratus, 10 peratus duti eksais dan 10 peratus cukai jualan dengan menggunakan surat kelulusan disyaki palsu bagi mengelakkan cukai berjumlah RM52,056.20 dan lesen import.
24
RABU, 27 JULAI 2011 Methadone kurangkan jenayah penagih Oleh ASSIM HASSAN
[email protected] KUALA LUMPUR 26 Julai - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyokong program rawatan Terapi Gantian Methadone (MMT) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis AIDS Malaysia (MAC) kerana ia didapati mampu mengurangkan kadar jenayah yang dilakukan golongan penagih dadah. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor RashidIbrahim (gambar) berkata, kewujudan pusat-pusat yang membekalkan rawatan MMT kepada penagih menunjukkan pemberian itu relevan bagi merawat gejala ketagihan. Beliau turut menjelaskan, pihaknya tidak akan menangkap mana-mana penagih yang menerima rawatan MMT kerana ia dianggap sebagai satu proses pemulihan. "Kenapa tidak kita perluaskan pendekatan ini (MMT) untuk menyelesaikan masalah penagihan dadah. Ini kerana ia mampu meningkatkan lagi kejayaan selain wujudnya pusat-pusat pemulihan, serenti dan melalui penguatkuasaan undang-undang. "Kita menyokong rawatan MMT itu bagi memulihkan penagih-penagih dadah selain mengelakkan penyebaran virus HIV," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Persekitaran yang Kondusif Dalam Pengurangan Kemudaratan Melalui Sokongan di sebuah hotel di sini hari ini. Turut hadir Presiden MAC, Tan Sri Zaman Khan serta Pengerusi Yayasan AIDS Malaysia, Prof. Dr. Adeeba Kamarulzaman dan disertai kira kira 30 pegawaipegawai kanan Polis Diraja Malaysia PDRM dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Sementara itu, Pengerusi Yayasan AIDS Malaysia, Prof. Dr. Adeeba berkata, penggunaan kaedah MMT dilihat dapat membantu memulihkan penagih daripada terus bergantung kepada dadah. Jelasnya, setakat ini, lebih 20,000 penagih dadah heroin berdaftar dikenali pasti dan menggunakan kaedah MMT. "Ia dilihat menunjukkan kesan positif ke atas penagih-penagih yang melalui kaedah MMT ini. "Kajian antarabangsa membuktikan, penagih yang diberi methadone, adalah empat kali lebih rendah kemungkinan mereka kembali ke penjara daripada yang tidak menerimanya. "Oleh itu, persepsi dan stigma masyarakat perlu diubah agar program pemulihan setiap penagih ini dapat direalisasikan dengan jayanya," katanya. Adeeba menjelaskan, pihaknya mempunyai kesukaran untuk memperluas kaedah MMT di seluruh negara ekoran kekurangan kakitangan yang bertauliah. "Kita mempunyai kekangan di segi meluaskan kaedah ini kerana kekurangan doktor, jururawat dan kemudahan farmasi yang bertauliah dalam mengendali penagih. "Setiap dos MMT yang diambil oleh seorang penagih adalah bergantung kepada betapa serius rangsangan dadah itu ke atas diri mereka," katanya. Jelas beliau, tempoh minimum pengambilan MMT adalah selama dua tahun untuk pulih sepenuhnya dan ada juga penagih yang perlu mengambil MMT bagi tempoh seumur hidup.
KHAMIS, 30 JUN 2011 Polis buru wanita bawa dadah bernilai RM766,450 JOHOR BAHRU 29 Jun – Polis memburu seorang wanita yang melarikan diri setelah dadah jenis heroin dan syabu bernilai RM766,450 dibawanya bertaburan di atas jalan selepas kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan di Lebuh Raya Muar- Pagoh, Jumaat lalu. Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, pihaknya yang mengenal pasti suspek kini turut mengesan pemilik kenderaan Toyota Vios itu yang didaftarkan di atas nama seorang lelaki. Katanya, heroin dirampas itu seberat 22.22 kilogram dengan nilai RM666,450 manakala syabu pula seberat 500 gram bernilai RM100,000. “Heroin itu boleh digunakan untuk seramai 74,050 penagih manakala syabu tersebut untuk 1,700 penagih. “Kita percaya dapat menahan suspek dalam masa terdekat kerana identitinya dikenal pasti walaupun berjaya melarikan diri pada hari kejadian,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor (IPK) Johor, di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, kereta membawa dadah berkenaan terbabas selepas hilang kawalan kira-kira 100 meter dari tol Lebuh Raya Pagoh, Muar. Suspek yang dikatakan tidak sempat mengutip dadah tersebut dan bimbang perbuatannya itu terbongkar bertindak melarikan diri. Mohd. Mokhtar berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 32 ADB (Perlucutan Harta) 1988. Dalam perkembangan berlainan, pihaknya menahan seramai 10 pekerja warga Bangladesh dan Vietnam kerana terlibat dalam pergaduhan di depan sebuah rumah di Tanjung Agas, Sungai Mati, Muar, Ahad lalu. Menurut
25
beliau, pihaknya merampas dua bilah pisau pemotong daging yang digunakan dalam pergaduhan tersebut. “Kesemua suspek ditahan reman sehingga esok,” katanya sambil memberitahu kes itu disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan (Merusuh) dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara lima tahun atau denda.
SELASA, 14 JUN 2011 AADK sasar 1,000 ahli Rada
AJIL - Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Hulu Terengganu menyasarkan sebanyak 1,000 pendaftaran ahli baru bagi Rakan Anti Dadah (Rada) bagi tahun ini. Ini sekali gus memastikan semua pihak dapat memainkan peranan membanteras gejala dadah di Hulu Terengganu. Ketua Pegawai AADK Hulu Terengganu, Anwar Hamid berkata, sasaran tersebut mampu dicapai dengan wujudnya kerjasama pelbagai pihak terutama belia berikutan kumpulan itu sering „menyumbang‟ kepada statistik penagihan. “Peranan ahli RADA bukan sekadar memberi maklumat khususnya berkaitan penyalahgunaan dadah tetapi ia juga tanggungjawab kepada negara ke arah merealisasikan hasrat negara bebas dadah pada 2015 nanti. “Sehubungan itu, kita mengalu-alukan individu berumur 15 tahun ke atas mendaftarkan diri sebagai ahli Rada dan ini secara tidak langsung memberi kekuatan kepada mereka supaya tidak terjebak dengan gejala dadah,” katanya. Anwar berkata, ahli juga boleh menyertai aktiviti sukarela dilaksanakan AADK termasuk aktiviti cegah dan pulih dadah. “Setakat ini, jumlah keseluruhan ahli Rada bagi daerah Hulu Terengganu sehingga Disember 2010 ialah seramai 1,576. “Manakala, bagi Januari hingga Mei tahun ini seramai 225 orang” katanya ketika menyerahkan pelekat Saya Sokong Sinar Harian kepada AADK Daerah Hulu Terengganu di pejabat AADK Daerah Hulu Terengganu, semalam. Program diadakan sempena Program Konvoi Sinar Harian Terengganu 2011 ke Daerah Hulu Terengganu pada 17 dan 18 Jun ini. Sementara itu, Anwar berkata, sempena program itu, pihak AADK akan membuka kaunter pendaftaran ahli Rada di Pasar Tani Kuala Telemong, Konvoi ke Taman Hidayah, gotong-royong serta pameran di pekarangan perpustakaan daerah.
RABU, 22 JUN 2011 Mengaku salah miliki heroin IPOH – Seorang pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) didakwa di Mahkamah Majistret semalam atas tuduhan memiliki dadah jenis heroin sewaktu berada di rumahnya di Kampung Melayu Ulu Kinta, Isnin lalu. Tertuduh, Mohd Adzha Kamarul Zaman, 18, mengaku bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan ke atasnya di hadapan Majistret Noor Akmal di Mahkamah Majistret di sini, semalam. Ibu bapa tertuduh, yang turut hadir semalam kelihatan tenang selepas anak mereka membuat pengakuan terhadap pertuduhan itu. Mengikut kertas pertuduhan, Mohd Adzha didakwa memiliki dadah jenis heroin dengan berat kasar 1.2 gram di rumahnya kirakira jam 4.30 petang kelmarin. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa raya, Muhammad Nor Abdurrahim manakala tertuduh diwakili peguam bela Ranjit Singh. Ranjit memohon mahkamah untuk mengurangkan hukuman ke atas anak guamnya memandangkan ia adalah kesalahan pertama. Selepas meneliti dan mempertimbangkan hujah kedua-dua pihak Noor Akmal memutuskan untuk menetapkan wang jaminan sebanyak RM2,500 dengan seorang penjamin. Selain itu, Noor Akmal turut menetapkan 28 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi mendengar keputusan laporan kimia yang dijalankan ke atas dadah itu. Jika sabit
26
kesalahan tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 12(3) akta yang sama iaitu didenda sebanyak RM100,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.
ISNIN, 27 JUN 2011
27
ISNIN, 5 JULAI 2011
14 JULAI 2011
Doktor ketagih pil khayal KOTA BHARU: Seorang doktor layak digelar „doktor lalok‟ apabila ujian air kencing terhadapnya ketika ditahan dalam operasi membanteras jenayah dadah di daerah ini kelmarin, mendapati dia positif methamphetamine atau pil kuda. Doktor itu ditahan dalam Ops Pencegahan Jenayah Fasa Kelima dilakukan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah malam. Selain doktor terbabit, tiga kakitangan awam ditahan selepas didapati positif dadah. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, selain doktor dan tiga kakitangan awam itu, polis menahan 19 individu termasuk seorang wanita dalam operasi di kawasan kubur, rumah dan tempat awam di sekitar Wakaf Che Yeh, Salor serta Kubang Kerian, di sini. Katanya, polis turut merampas 47 pil kuda daripada seorang remaja berusia 17 tahun. “Doktor berusia pertengahan 30-an itu ditahan di rumah dan ujian air kencing mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine atau pil kuda, manakala tiga kakitangan awam berusia 35 hingga 38 tahun itu ditahan di rumah berasingan dan didapati positif dadah. “Kami merampas 47 biji pil kuda itu daripada seorang remaja berusia 17 tahun ketika dia sedang berurusan jual beli dadah di satu kawasan di Salor, kira-kira jam 9 malam,” katanya. Menurut Azham, semua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan 15(1) serta 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. “Tidak dinafikan ada di kalangan mereka pernah ditahan kerana terbabit dalam penagihan dadah. “Kami berharap orang ramai terus bekerjasama menyalurkan maklumat mengenai kegiatan jenayah berkaitan dadah di kawasan masing-masing bagi memudahkan tindakan segera diambil,” katanya.
28
RABU, 20 JULAI 2011 Tahanan lari, 1 masih diburu
SUNGAI SIPUT (U) – Empat tahanan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Perlop II, di sini, yang baru sahaja dua minggu dihantar ke Dorm Pelanduk di pusat itu berjaya melarikan diri, awal pagi kelmarin. Bagaimanapun, hasil tindakan pantas pihak berkuasa, tiga daripada empat tahananpusat pemulihan itu berjaya ditahan semula. Ketua Polis Daerah Sungai Siput (U), Superintendan Azman Salim berkata, kehilangan tahanan itu hanya disedari kira-kira jam 3 pagi ketika warden yang melakukan rutin rondaan mendapati pintu Dorm Pelanduk didiami 27 tahanan terbuka. Menurutnya, pihaknya kemudian menemui selimut yang tersangkut pada pagar besi berduri setinggi tiga meter dipercayai digunakan tahanan untuk meloloskan diri. “Selepas mengesyaki sesuatu yang buruk berlaku, warden memaklumkan perkara itu kepada penolong pegawai bertugas dan satu pemeriksaan dijalankan di Dorm Pelanduk pada jam 4 pagi serta mendapati empat daripada 27 tahanan sudah tiada. “Pemeriksaan dilakukan di seluruh kawasan pusat tahanan dan melaporkan kejadian di Balai Polis Lintang pada jam 6 pagi untuk mendapatkan bantuan,” katanya. Azman berkata, Muhamad Buseli Mansor, 34, berjaya ditahan semula pada jam 1 tengah hari tidak lama selepas operasi bersepadu dijalankan di kawasan hutan dan dia ditemui dalam keadaan kesakitan akibat patah kaki kerana dipercayai melompat pagar.“Pada jam 9 pagi ahli keluarga Mohd Faizul Shahriman, 24, dari kampung Temong Hilir menghubungi pihak berkuasa dan anaknya sudah menyerah diri,” katanya. Sementara itu, beliau berkata, Kamarulzaman Kamarudin, 41, berjaya ditahan di Kawasan Kati oleh anggota Polis daripada IPD Kuala Kangsar pada jam 5 petang. “Suspek ditahan bersama sebuah motosikal yang dicuri di kawasan Lintang pagi tadi (semalam). “Polis daripada IPD Kuala Kangsar telah menghantar Kamarulzaman ke IPD Sungai Siput dan kini ketiga-tiga pelatih itu ditahan di lokap manakala seorang lagi, Al-Hafiz Ismail, 26, masih diburu,” katanya. Katanya, gerakan memburu seorang lagi tahanan yang berasal dari Ipoh itu masih giat dijalankan dan kerjasama daripada orang ramai diperlukan bagi membantu pihak berkuasa memberkas buruan. “Lebih 100 anggota termasuk pegawai dan kakitangan dari IPD Sungai Siput, Balai Polis Lintang, anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) terlibat dalam operasi ini serta 30 penduduk tempatan turut membantu. “Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau terlihat individu mencurigakan di kawasan berhampiran mereka diminta segera menghubungi balai polis berhampiran,” katanya.
29
23 Jun 2011 KHAMIS
30
JUMAAT, 29 JULAI 2011
Bekas kuarters MPPP sarang penagih GEORGETOWN: Dua blok bekas kuarters kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) di Jalan Sungai, di sini, yang terbiar lebih setahun lalu kini menjadi tempat penagih dadah melepaskan gian. Selain itu, bekas kediaman berkenaan yang kini terbiar dan dipenuhi semak samun dikhuatiri menjadi sarang pembiakan nyamuk sekali gus membimbangkan penduduk yang tinggal berhampiran. Tinjauan Metroplus mendapati bangunan dua tingkat itu dipenuhi rimbunan pokok menjalar dan tidak mustahil menjadi „kunjungan‟ haiwan berbisa seperti ular. Penduduk berhampiran mahu Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), mengambil tindakan segera ihkan kawasan itu. Penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Abdul Wahid, 50, berkata, bekas kuarters itu menjadi tempat penagih berkeliaran pada waktu malam dan bimbang mereka menjadikan tempat terbabit sebagai „port‟ untuk melakukan perbuatan tidak bermoral. Katanya, ancaman haiwan berbisa tidak terkecuali apabila beberapa penduduk terserempak ular dan lipan ketika melalui kawasan itu. “Pihak berkuasa perlu bertindak segera dan tidak menunggu sehingga kejadian tidak diingini berlaku,” katanya. Suri rumah, Norizan Haroon, 41, berkata, kerja pembersihan perlu dilaksanakan berikutan banyak kediaman. “Saya tidak menolak kemungkinan kawasan ini sering menjadi kunjungan penagih dadah melepaskan „gian‟ dan dijadikan tempat menyimpan barangan curi,” katanya. Sehubungan itu, dia meminta MPPP menjalankan pemantauan sekali gus ihkan kawasan itu daripada semak-samun.
30 November 2011
Asia Tenggara sasaran sindiket dadah Afrika dan Iran BANGKOK 29 Nov. - Sindiket dadah antarabangsa dari Afrika dan Iran dilapor meluaskan aktiviti mereka ke Asia Tenggara berikutan peningkatan perdagangan methamphetamine yang semakin tinggi di rantau ini, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam satu laporan hari ini. Menurut Pejabat Dadah dan Jenayah PBB, dadah perangsang jenis amphetamine (ATS) termasuk amphetamine dan methamphetamine menjadi dadah pilihan di kawasan Asia Timur dan Asia Tenggara sejak tahun 1990-an, menggantikan dadah berasaskan tumbuhan seperti heroin, opium dan kanabis. Dadah itu senang dihasilkan di mana saja daripada pelbagai bahan kimia dan membawa pulangan besar untuk pelaburan yang sedikit. Peningkatan penggunaan dadah tersebut dilaporkan berlaku di kebanyakan negara di rantau ini pada tahun 2010 dimana pembuatan haram semakin berkembang maju walaupun sebanyak 442 kemudahan pembuatan dan hampir 136 juta pil telah dirampas. Kumpulan penjenayah Afrika yang sebelum ini biasa melakukan urusan pengedaran dadah jenis kokain dan heroin mempelbagaikan kegiatan dengan terlibat dengan pengedaran ATS pula manakala sindiket dadah di Iran dikenal pasti sebagai pesaing kepada sindiket dadah di rantau ini. "Kumpulan Afrika terlibat dengan pengedaran dadah jenis crystalline methamphetamine, ekstasi dan heroin di Indonesia dan menggunakan
31
Kemboja sebagai pusat urus niaga mereka serta pengedaran dadah ke Indonesia. Di Malaysia, jumlah penyeludup dadah rakyat Afrika yang ditangkap meningkat hampir dua kali ganda pada tahun 2010 iaitu seramai 65 orang, termasuk 50 orang rakyat Nigeria. Pihak berkuasa Malaysia menahan 228 rakyat Iran yang menyeludup masuk dadah pada tahun 2009 dan 2010 manakala Jepun pula dilaporkan menangkap 135 penyeludup dadah pada tahun yang sama. – Reuters
21 November 2011
Tiga beranak dihukum mati Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
[email protected]
OOI Hooi Beng (dua kiri), Ong Heng Keat (belakang) dan Ong Gaik Kee (depan) dijatuhi hukuman mati kerana kesalahan kes dadah oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar, Kedah semalam. - UTUSAN/AHMAD SYAHIR KASSIM
ALOR SETAR 20 Nov. - Tiga beranak dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini, selepas didapati bersalah atas tuduhan memproses 368.126 kilogram methamphetamine di Lunas, Kulim kira-kira lima tahun lalu. Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd. Azman Husinmemutuskan demikian selepas berpuas hati tertuduh iaitu Ong Hooi Beng, 50; anak lelakinya, Ong Eng Keat, 26, dan anak perempuan, Ong Gaik Ee, 24, gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Tiga beranak itu kelihatan tenang sebaik sahaja hukuman berkenaan dijatuhkan ke atas mereka. Mengikut pertuduhan, mereka didakwa membuat persediaan dan memproses dadah jenis methamphetamine bagi tujuan mengedarkan dadah. Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kilang Zmas Synergy Sdn. Bhd., Lot 935, Lorong Makmur 13/1, Taman Makmur, Lunas, Kulim kira-kira pukul 4 petang, 9 Julai 2006. Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(C) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan serta boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mati mandatori jika sabit kesalahan. Bagaimanapun, tiga lagi tertuduh iaitu Pang Chui Kong, 47; Lim Kim Hee, 50, dan Wong Ah Ngau, 52, dilepaskan apabila pihak
32
pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie terhadap mereka. Mohd. Azman dalam keputusan penghakimannya berkata, mahkamah mendapati Hooi Beng, Eng Keat dan Gaik Kee gagal menyangkal kes prima facie pihak pendakwaan dan pembelaan mereka adalah bersifat penafian semata-mata tanpa keterangan lanjut. Pendakwaan dikendalikan Ketua Unit Pendakwaan negeri, Datuk Razali Che Ani manakala Chui Kong diwakili peguam S. Anthony dan yang lain diwakili peguam Ranjit Singh.
22 November 2011
60 pelajar sertai konvoi kesedaran dadah
Peserta Konvoi Kemanusiaan Remaja Berbasikal 'Fixie' anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan bergambar kenangan di Benut, Pontian, kelmarin.
PONTIAN 21 Nov. - Seramai 60 pelajar yang sedang menunggu keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) menyertai Konvoi Kemanusiaan Remaja Berbasikal 'Fixie' anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pontian dari Taman Megah ke Kampung Parit Kerimon, Benut di sini semalam. Wakil Pegawai AADK Pontian, Faridah Sukri berkata, program itu merupakan antara pendekatan yang diambil pihaknya untuk mendekati golongan muda selain memberi kesedaran mengenai bahaya dadah dan menjauhi musuh nombor satu itu. Menurutnya, sepanjang perjalanan kira-kira 30 kilometer, para peserta turut mengedarkan risalah kepada orang ramai tentang bahaya penagihan dadah yang masih menjadi ancaman kepada masyarakat di negara ini serta menyampaikan sumbangan kepada golongan kurang berkemampuan di Pekan Sanglang. "Sebagai golongan muda, mereka merupakan harapan negara dan tidak seharusnya mensia-siakan peluang diberikan untuk belajar seterusnya menjadi generasi yang berguna kepada negara," katanya pada majlis makan tengah hari meraikan peserta program bersama penduduk Kampung Parit Kerimon. Faridah berkata, sempena cuti persekolahan ini, diharap golongan remaja dapat mengisi masa lapang dengan kegiatan yang berfaedah serta menyertai aktiviti yang mampu memupuk jati diri. "Pada minggu lalu, AADK turut mendekati golongan belia dengan mengadakan program bersama masyarakat di Kampung Parit Abas bersama pemilik motosikal 'scrambler'," katanya. Sementara itu, ketua konvoi, Mohd. Firdaus Othman, 16, dari Sekolah Menengah
33
Kebangsaan (SMK) Dato' Ali Haji Ahmad berkata, program itu memberi pendedahan dan pengetahuan mengenai bahaya penagihan dadah kepada peserta dan orang ramai. "Saya berharap penganjuran konvoi berbasikal seperti ini dapat diperbanyakkan memandangkan sambutan yang menggalakkan daripada peminat aktiviti ini," katanya.
34
KESIMPULAN
JAUHI DIRI DARIPADA DADAH Katakan TAK NAK kepada tawaran dadah. Libatkan diri dalam aktiviti sihat – sukan, kumpulan belia. Buatlah kerja sukarelawan – ihkan tempat persekitaran dalam komuniti Berkongsi maklumat dan pengetahuan anda, mempromosikan maklumat bebas dadah. Memulakan projek yang menggembirakan bersama rakan-rakan. Membaca buku, akhbar dan majalah. Mengunjungi tempat baru – muzium, taman, perpustakaan. Mencatit di dalam diari sesuatu yang diimpikan, perkara-perkara yang membuat anda berasa gembira. Jadilah role model untuk rakan-rakan – melatih mereka dalam sukan, membantu mereka membuat kerja sekolah. Rehatkan diri dan fikirkan matlamat dan cita-cita anda pada masa hadapan.
35
36